blog in malay

aku nak 'blog' dalam bahasa melayu yng tak pass....hehehe...

anyway, alamak terojak....haizz...rojak pon rojak la...

biasala, ngah bosan, ku menglunsur lelaman adik kawan aku, zaki...haizzz...teringing pulak ingin bermotosikal harley davidson. macam seronok gitu meronda2 keliling asia..
tapi aku mesti ingat akan matlamat aku....aku ingin dapatkan lesen kereta dan insyahAllah, impian ku untuk berkereta akan tercapai.....sementara itu cam tak dapat elak diri aku dari berangan-angan....hmm kereta mana kah akan ku beli bila ku lulus nanti? terpikir juga kereta2 yng boleh bawak hampir 7penumpang....seronokan kalau dapat bersiar ramai2....tapi minatku kereta yng kiut miut macam jazz dan swift...tapi memadangkan kesempitan kereta2 demikian, mungkin, aku kata mungkin...aku akan beli kereta yng lebih besar skit tapi yng tak mahal....aku nie bukan suka sangat kereta mewah....okok aku bohong aku suka kereta mewah tapi padaku tak praktikal langsung... aku seorang yng agak praktikal, yelah kadangkala suka juga benda2 yng berjenama, tapi hanya bila aku ada lebih....

insyahAllah.....cukup bulan nie, aku akan daftarkan nama aku ker bbdc...insyahAllah.. seblom aku mula kerja aku sudah lulus dan selepas gaji pertamaku, ingin aku beli kereta, insyaAllah kalau di izinikan...

sebagai jururawat pesakit jiwa, aku cuba mengawal perasaan aku, memanglah ada rasa kecewa, sedih dan marah semua sekali gus, tapi aku cuba berfikiran positif dan dengan rational....manalah tau ada hikmah disebalik semua ini....

kekosongan diriku aku akan isi dengan perkara2 lain dan aku rasa, aku dah cuci tangan, omputeh cakap 'give up' la....untuk aku, skarang nie aku hidup untuk masa depan aku.

engkau tidak menguasai diriku, aku berhak corak hidupku dan akulah yng berkuasa membentuk hidupku dengan izin Allah swt. Aku harap satu hari kau sedar beberapa kejam sikap kau. walaubagaimana pon, aku tak simpan dendam, tak simpan apa2, walaupon hati yng sakit ini perlu waktu untuk pulih. siddiq yng sekarang bukan yng seperti dulu, slalu marah, slalu meradang...alhamdullilah

0 comments: