aidilfitri

di pagi raya, ku rasa berdosa, kepada ibu yng melahirkan ku, kadangkala aku ingkar, degil dan enggan mendengar nasihatnya......kesedihan juga menyelubungi ku, dapat ku lihat, anak dan ayah bersama ka solat berjemaah aidilfitri bersempena shawal yng disambutnya.....tapi aku, tidak pernah ku dapat rasakan suasana sedemikian. bukan ku merungut bukan aku ingin melawan tulis Allah, tapi sebaliknya setelah hampir satu abad aku menerimanya dengan sabar. hampir 5 tahun, bapa asalku meninggalkan singapura, sungguh pun dia tidak membesarkanku, aku masih mengharapkan kasih sayang daripadanya.

bermaafan adalah adat di pagi raya, setelah ku meminta maaf dari ibu kandungku, dua dari adikku turut memohon maafku.....aku memberi nasihat, sebagai abang, sebagai seorang dewasa yang berakal.....bertapa bertuahnya mereka mempunyai ayah & ibu, dan bertapa bertuahnya mereka mempunyai ibu yng amat menyayangi. tangisanku tak dapat ditahan, aku meluahkan perasaanku, bertapa sedihnya aku bilaku melihat mereka bersikap biadap, kurang ajar dan kurang sopan terhadap ibu, ibu yng telah membesarkanku, rasa kesal mereka, walaupun muda usianya dapat terlihat, air mata terlihat diwajah masing2, tanda kesal atas perbuatan mereka. aku akhiri nasihatku dengan salaman dan sampul raya yng dinanti-nantikan kanak2 sedunia.

aku rasa, tahun ini, aku cukup dewasa, aku telah ditunjukkan karenah manusia, pada tahun2 yng lepas dan dari itu aku terpelajar erti hidup. aku dapat merasakan sedikit perubahan di diriku, aku lebih sikap bertanggung jawab. aku rasa ada perlunya aku mengigatkan dan mendidik adik-adikku......

tetapi, yng tiada perubahan pada setiap tahun, ialah kesedihan yng aku hadapi, keluargaku sebenar, tidak ada, ibuku dan bapa asalku telah berpisah sejak kukecil lagi dan kini ingin bertemu dng bapa asalku pon agak sukar, mungkin sekali dalam setahun kerana kini dia berada di indonesia. aku juga kasihan, terhadap adik-adiku hazimah & azmi yng tinggal bersama ibu tiriku, mereka langsung tidak dapat bertemu bapa asal mereka, insyah'Allah suatu hari hati ibu kamariah terbuka untuk membenarkan atau membawa mereka jumpa bapa asal mereka.

setiap shawal, dosa2ku terbongkar pabila ku terasa kesal terhadap perbuatan-perbuatanku, tapi sebagai manusia yng sering lupa, ku melakukan lagi stelah ramadan dan shawal meninggalkan lama. nasihat ibuku, kan ku coba ingat dan semadikan di dalam diriku, dekati Allah, itu sahaja yng ku mampu dan teruskanlah usahaku..insyahAllah....

shawal ini juga istemewa, kerana Allah telah memberiku pekerjaan yng tetap, bermakna aku boleh berkongsi 'harta' yng aku perolehi dari titik peluhku, berzakat, sedekah kepada kanak2 dan yng memerlukan. sungguhpun ia bermakna tidak membeli kebendaan yng aku ingini, rasa kepuasanya amat berlainan.....

ya Allah, aku pohon kamu bukankah la hatiku, ampunilah dosa2ku dan juga keluargaku dan seluruh umat islam sedunia, kerana kami adalah semata-mata hambamu, manusia biasa sahaja......amin...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin....

0 comments: